Selamat Ulangtahun RTM ke-65 Tahun (1946 - 2011)

Selamat Ulangtahun RTM ke-65 Tahun (1946 - 2011)

Jumaat, 29 April 2011

SELAMAT BERSARA

Seluruh Warga Klasik Nasional mengucapkan selamat bersara
kepada Pengurus Radio Malaysia Klasik Nasional

Tuan Haji Chuari Selamat
01 Mei 2011

Terangnya api di Tanjung Andas
Nampak di laut kapal berinai
Sayang dan kasih boleh dibalas
Budi dan jasa tuan tidak ternilai.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

-------------------------------------------------
SYAIR BUAT HJ CHUARI SELAMAT
(Ciptaan: A. Razak Ismail) 
Dj Klasik Nasional

Sedihnya rasa di dalam hati,
Perginya tuan tiada pengganti,
Jasamu tuan kami ingati,
Darilah hidup sampai ke mati.

Haji Chuari orang budiman,
Kemana pergi jadi sebutan,
Bijak berpantun tiada terlawan,
Lirik lagunya jadi siulan.

Beliau ibarat sebutir permata,
Sebagai pemimpin pekerti mulia,
Tak kira tua ataupun muda,
Senyum terukir di bibir mesra.

Semoga tuan hidup bahagia,
Walau di mana tuan berada,
Panjang usia bertemua jua,
Dipelihara Allah sepanjang masa


--------------------------------------------------
SYAIR BUAT HJ.CHUARI SELAMAT
(Ciptaan: Anisma Azwati Ahmad)
Dj Klasik Nasional  

Sungguh merdu alunan suara
Di corong radio tika ke udara
Tiada dapat pengganti setara
Jiwa kental penuh aura

Hilang sebutir permata asli
Angkasapuri sedih sekali
Nilai budi tidak terbeli
Perjuangan seni terus digali

Terima kasih kata terindah
Untuk perwira bijak bermadah
Tanggungjawab kini tertunai sudah
Ringan beban tiada gundah

Jalan di depan ada cahaya
Doa diutus moga berjaya
Budi luhur jiwa yang kaya
Mana pergi orang percaya


------------------------------------------
 SYAIR BUAT HJ.CHUARI SELAMAT
(Ciptaan : Siti Norngaliah Mohd Salihin)
Sahabat Klasik Nasional

Dari dahulu hingga sekarang,
Tiada yang luak tiada yang kurang,
Lunak suaranya bukan sebarang,
Pantun nan indah selalu terkarang.

Irama dan lagu tak dapat dipisahkan,
Lirik mendayu beliau tuliskan,
Nama dan ganjaran pintanya bukan,
Bakatnya tidak disia-siakan.

Serata negeri nama dikenali,
Negara seberang tidak terkecuali,
Pantun dijual pasti dibeli,
Pusaka bangsa dijunjung tinggi.

Meskipun tugas berakhir kini,
Tiada penamat kerjaya seni,
Gemersik suara pasti menemani,
Di majlis ilmu di sana-sini.

Tuan permata amat berharga,
Terukir namamu di hati warga,
Tiadalah dua ataupun tiga,
Seribu tahun dikenang juga.

Sabtu, 9 April 2011

ISU-ISU SEMASA APRIL 2011

APRIL 2011

NOTIS SAMAN BERGAMBAR BUKTI KESALAHAN PEMANDU
Berkuatkuasa bulan Mei ini pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di kawasan yang menempatkan kamera litar tertutup (CCTV) akan diberikan notis kesalahan bersama gambar kenderaan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata kaedah yang bakal dilaksanakan itu sebagai bukti tambahan kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.
Bagaimana pun bagi pengguna yang menerima notis saman tanpa gambar termasuk saman ekor tidak dikecualikan daripada dikenakan tindakan saman.

10,000 GURU BAHASA INGGERIS DILATIH TAHUN INI
Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk melatih 100,000 guru bahasa Inggeris tahun ini bagi memastikan pengajaran bahasa itu di disekolah berjalan lancar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penyediaan latihan berkenaan selaras dengan pelaksanaan dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahun satu yang bermula pada tahun depan

GUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL
Bahasa Melayu perlu digunakan dengan betul dalam semua rancangan radio dan televisyen. Demikian ditegaskan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Beliau turut menyarankan agar usaha diadakan bagi mewujudkan hari bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul setiap minggu. Rakyat tidak perlu khuatir menggunakan bahasa kebangsaan, kerana ia juga setanding dengan Bahasa Inggeris. Datuk Seri Utama Dr Rais bercakap dalam sidang media pada majlis kampung wifi di Jelebu, Negeri Sembilan.

GANTI MYKAD SECARA ONLINE
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan penekanan ke atas nilai perkhidmatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menawarkan perkhidmatan permohonan gantian MyKad secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan di www.jpn.gov.my.

Terdapat tiga jenis permohonan gentian MyKad yang boleh dipohon orang ramai secara dalam talian iaitu gantian disebabkan cip dan kad rosak, gantian biasa dan gantian bagi MyKad hilang tidak melebihi lima kali.

TUMPAT TERIMA KOMPUTER 1MALAYSIA
Tumpat menjadi kawasan pertama dalam fasa kedua pengagihan komputer riba 1Malaysia 2011 dan kemudahan internet jalur lebar.
   
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, kementerian kini sedang dalam perancangan menentukan lebih banyak kawasan di Kelantan yang perlu diberi kemudahan itu.  Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan "Program merakyatkan seni budaya dan pelancaran kampung tanpa wayar di perkarangan Wat Chon-pra-chum-that Cha-na-ram, di Tumpat. 

Sebanyak 13 komputer riba turut disampaikan kepada Badan Bukan Kerajaan Seni Budaya pelbagai kaum Kelantan. Tahun ini, 16-ribu  komputer riba 1Malaysia akan diagihkan kepada pelajar di seluruh negara.Sementara itu, bagi mengangkat seni budaya unik di Kelantan, beliau mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi peluang kepada rakyat Kelantan yang berminat memperluas bakat seni termasuklah melalui animasi. 

Setakat ini, daripada 200 juta ringgit dana pinjaman yang disediakan untuk pengurus seni budaya, hanya 60 juta ringgit telah digunakan.

WAJIB BAYAR MELALUI BANK
Majikan tidak dibenarkan bayar gaji pembantu rumah secara tunai mulai Jun ini.

Masa depan kira-kira 200,000 pembantu rumah asing dinegara ini lebih terjamin berikutan keputusan kerajaan mewajibkan majikan membayar gaji mereka melalui akaun bank dan bukan lagi secara tunai.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam berkata langkah tersebut yang bertujuan untuk melindungi kepentingan majikan dan pembantu rumah bakal dikuatkuasakan bermula Jun depan.

STESEN KOMUTER BARU
Stesen komuter baru di Senawang dan Sungai Gadut, Negeri Sembilan, akan beroperasi pertengahan bulan depan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan stesen komuter bertambah kepada 53 buah. 

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Dr Aminuddin Adnan berkata, Stesen itu  sebahagian daripada Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik (PLBE).  Keseluruhan projek dijangka siap pada 2014, dengan kos 3.45 bilion ringgit. Ia melibatkan laluan Seremban-Gemas sejauh 98.1 kilometer merentasi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Dr Aminuddin memberitahu media selepas pelancaran 'Larian Komuter KTM  2011', di ibu negara. 

KTMB turut memperkenalkan sistem tiket 1 Rakyat Malaysia, atau 1 RM, bagi warga emas, OKU dan pelajar sekolah berpakaian seragam. Tiket berharga satu ringgit itu, akan dijual mulai 1 Mei, di 51 kaunter komuter dan kepada 100 pengguna pertama setiap hari. Ia hanya untuk laluan sehala, dan dijual dari 6 pagi hingga 6 petang.   

KTMB juga akan memperkenalkan konsep tiket bersepadu menerusi pemasangan sistem Kutipan Tiket Automatik (AFC) seperti yang dilaksanakan Rapid KL. AFC masih dalam proses reka bentuk dan pemasangannya dijangka mengambil masa antara 12 hingga 15 bulan, sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

HIDANGAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH MULAI MEI
Garis panduan baru berhubung penyediaan hidangan sihat di kantin sekolah yang sedang dikemas kini dijangka dilaksanakan bulan depan bagi membendung masalah kegemukan pelajar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata antara perkara dimasukkan dalam garis panduan tersebut adalah kekerapan jualan makanan seperti nasi lemak dan mi goreng di kantin dalam seminggu.

Menurutnya lagi ia turut mewajibkan penjaja di luar pagar sekolah mematuhi garis panduan yang melarang penjualan beberapa makanan termasuk asam,jeruk,minuman berkarbonat serta minuman dan makanan manis.
 
PELUANG GOLONGAN MISKIN MEMINJAM UNTUK MELABUR
  • Kerajaan akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah melabur di dalam Amanan Saham 1Malaysia (ASIM)
  • Skim pinjaman itu dilaksanakan bermatlamat meluaskan penyertaan golongan pendapatan rendah dalam unit amanah saham keluaran Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Perincian skim ini sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan Suruhanjkaya Sekuriti dan pengumuman lengkap mengenainya bakal diumumkan dalam jangka masa terdekat.

PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DI SEKOLAH
Setiap sekolah di negara ini disasar untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.  Ia antara usaha bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar perlakuan jenayah di sekolah. 
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, penubuhan kelab itu yang mendapat kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia akan dijalankan dengan lebih agresif. Beliau berkata demikian semasa merasmikan pakaian seragam Kelab Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011 di Putrajaya.
Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri turut ditubuhkan untuk memantau perkembangan kelab tersebut. Sehingga kini, 5-ribu-587 daripada hampir 10-ribu sekolah di seluruh negara telahpun menubuhkan kelab itu, melibatkan seramai 611-ribu-450 pelajar. 

SASARAN RM4.5 TRILION - PM LANCAR CMP2 TIKAT PASARAN MODAL MALAYSIA DALAM TEMPOH 10 TAHUN
• Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2) iaitu strategi kerajaan bagi menyasarkan peningkatan pasaran modal negara hingga mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

• Pelaksanaannya meliputi usaha menggalakkan pembentukan modal, meningkatkan kecekapan dan kecairan perantaraan, peruntukan dana kepada kumpulan industri, memperluaskan pasaran bon, mengurangkan birokrasi,memperhebatkan sistem kewangan Islam serta menggalakkan transaksi berskala besar.

• Salah satu keutamaan Pelan Induk Pasaran Modal 2 adalah mengukuhkan pasaran modal dengan menggalakkan pembentukan modal daripada peringkat permulaan kepada pembiayaan inovatif, projek baru dan teknologi hijau yang canggih.

CEGAH MURID GEMUK-KANTIN SEKLOLAH DILARANG JUAL MINUMAN BERKARBONAT, REKOD BERAT BADAN SETIAP BULAN
Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar perkarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi bersekolah.
Di samping itu semua guru diwajibkan mencatatkan Indeks Jisim Badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding hanya memasukkan berat badan dan tinggi seseorang dalam amalan sebelum ini.

PENGGANTI TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD SUDAH ADA
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah mencapai persefahaman berhubung calon pengganti Ketua Menteri Sarawak bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa kepemimpinan negeri tersebut.

Perdana Menteri berkata mereka akan mendedahkan nama pengganti ketua menteri itu apabila tiba masanya kelak.

TIADA TELUR TIRUAN DI PASARAN
Jabatan Perkhidmatan Veterinar sahkan telur dirampas di Pulau Pinang Tulen
Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannya telur tiruan.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri telur tiruan.

45% TVi DARI SABAH & SARAWAK
Mulakan siaran melalui Saluran Astro 180.
TV Interaktif (TVi) saluran televisyen 24 jam khas untuk Sarawak dan Sabah memulakan siarannya melalui saluran Astro dengan sasaran tidak kurang 45 peratus kandungannya adalah dari kedua-dua negeri berkenaan. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi Dan kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Katanya isu-isu, berita dan rancangan terkini yang melibatkan remaja juga akan diberi keutamaan dan kebanyakan isiannya mengenai Sabah dan Sarawak.

KERAJAAN RANGKA SKIM PENCEN PEKERJA SWASTA
Kerajaan sedang merangka sata dana pencen swasta yang baru sejajar dengan pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2) bagi kemudahan seluruh pekerja swasta di Negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata skim persaraan swasta itu akan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan dijangka mula ditawarkan pada akhir tahun ini.

KOS BESAR TAMBAH KAKITANGAN 
Langkah menambah kakitangan awam dibuat jika kerajaan tiada pilihan lain.
Kerajaan tidak boleh menambah bilangan perjawatan dalam sektor awam sewenang-wenangnya melainkan tiada pilihan lain bagi mengelak peningkatan perbelanjaan serta kerenah birokrasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata matlamat kerajaan ialah mewujudkan perkhidmatan awam yang efisen dan produktif. Beliau mengulas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu penambahan 800 anggota

MALAYSIA EKSPORT AYAM DAGING BEKU KE OMAN 
Malaysia akan menjadi negara Islam pertama mengeksport ayam daging beku halal ke Oman kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaakob.
Ia berikutan termeterainya fasa pertama kontrak pembekalan ayam daging beku bernilai RM120 juta .
Menurut Tan Sri Nor Mohamed Yaakob lagi Oman juga akan menjadi pintu masuk ke negara Teluk yang sebelum ini mengimport produk sama dari Amerika Selatan dan Eropah.
Satu lagi peluang keemasan kepada rakyat kita yang berkecimpung dalam bidang ternakan meningkatkan pendapatan tetapi yang perlu diutamakan ialah produktiviti dan kualiti pengeluaran.

KERAJAAN TANGGUNG SUBSIDI GULA RM788 JUTA SEPANJANG 2010 
Kerajaan memperuntukkan RM788 juta sepanjang tahun lepas bagi menanggung subsidi gula membabitkan kira-kira 1.26 juta tan bahan tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata meskupun harga gula di pasaran meningkat daripada RM1.40 sen kepada RM2.10 sen sekilogram namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 40 sen daripada setiap sekilogram gula..

Perbandingan harga dengan negara jiran :- 
Thailand    - RM2.31 sekilogram
Singapura - RM3.61 sen sekilogram
Indonesia - RM3.60 sen sekilogram
Filipina      - RM4.51 sen sekilogram 
Bersyukur kita rakyat Malaysia kerajaan begitu perihatin terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

KOS TUNAI HAJI KEKAL RM9,980
• Kos menunaikan haji tahun ini kekal seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah yang pertama kali menunaikan ibadat itu.

• Pengekalan kos itu secara tidak langsung membabitkan tambahan subsiidi oleh kerajaan untuk setiap jemaah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 pada tahun lalu

• Mereka yang pernah menunaikan haji perlu membayar tambang penuh iaitu RM14,340 kerana dikecualikan mendapat subsidi.

RAKYAT PERLU JADI BANGSA PENCIPTA
Rakyat Malaysia perlu segera berubah menjadi bangsa pencipta dan penambah nilai sekali gus berhenti menggunakan inovasi ciptaan orang lain terutama bagi sesuatu keupayaan yang mampu dihasilkan sendiri.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya rakyat Negara ini berubah iaitu keluar daripada kepompong yang memerangkap selama ini dan berada di zon selasa sebagai bangsa pengguna.

WARGA KERJA PENTADBIRAN



SHARIFAH NORAIHAN
(Pengurus Radio Malaysia Klasik Nasional)



NOLIAH AHMAD
(Penyelia)

 
ZAITON YUNAN
(Kerani / Juru Taip)


Jumaat, 8 April 2011

Anak jati Sarawak Ketua Pengarah Penyiaran baru

KUCHING 6 April – Jabatan Penyiaran atau Radio Televisyen Malaysia (RTM) melakar sejarah apabila melantik seorang pegawai kanan wanita yang juga anak jati Sarawak, Datuk Norhyati Mohd. Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baru. (Utusan Malaysia 2011) Klik tajuk untuk berita selanjutnya....

LAMAN SESAWANG KAMI


klasiknasional.gov.my 
SELAMAT ULANG TAHUN KE-5

KLASIK NASIONAL

2011

12 OGOS 2011

( JUMAAT )


 

WARGA KERJA SIARAN

DJ YUZ
(YUSMAWATI YUNOS)
DJ HARIZ
(HARIS MAT NOR)
DJ FIZA
(NOR FIZAWATI ZAINAL)
DJ SORR
(SAHRANI SARMAN)
DJ LEZ
(NUR LIZA YEO ABDULLAH)


WARGA KERJA PENERBITAN


 ADIBAH NOOR YAHAYA AFFANDI
Penerbit Tinta Emas /Nostalgia /Suara Emas /Album

Rabu, 6 April 2011

AKTIVITI APRIL 2011

APRIL 2011


JOGATHON SEMPENA SAMBUTAN HARI RTM 65 TAHUN

Tarikh    : 30 April 2011
Masa      : 8.00 pagi
Tempat  : Angkasapuri
Jarak      : 7.5 km

Laluan    : Angkasapuri – Pantai Baharu – Kampung Kerinchi –    
                  Pantai Dalam - Angkasapuri
Kategori
A  - LELAKI TERBUKA (18 THN KEATAS) E LELAKI VETERAN (40 – 54 THN)
B  - WANITA TERBUKA (18 THN KEATAS) F WANITA VETERAN (40 – 49 THN)
C  - LELAKI JUNIOR (13 – 17 THN) G LELAKI WARGA EMAS (55 THN KE ATAS)
D  - WANITA JUNIOR (13 – 17 THN H WANITA WARGA EMAS (50 THN KE ATAS)

ATUR CARA
7.30 pagi   - Pendaftaran peserta
                   - Senam Seni 1Malaysia
7.45 pagi   - Taklimat
8.00 pagi   - Pelepasan peserta oleh Ketua Pengarah Penyiaran -        
                      bersama wakil Penaja Utama dan Presiden PENYIAR
                      (8 Kategori secara berperingkat)
10.30 pagi - Jamuan Ringan
11.00 pagi - Penyampaian Hadiah oleh Ketua Pengarah Penyiaran 
                      bersama wakil Penaja Utama dan Presiden PENYIAR

----------------------------------------------------------------------------
Festival Kenyir 2011 Anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Pada 05 - 08 Mei 2011 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Klasik Nasional turut dijemput untuk mengadakan aktiviti seperti :-
1. Pameran & jualan
2. Pertandingan Karaoke
3. Konsert Masihkah Kau Ingat (MKI)

Kakitangan terlibat di lokasi :-
1. Nor'ain Hj Bakir (Ketua Siaran)
2. Hj. Khalim Rohani (Ketua Penerbitan)
3. Noliah Ahmad
4. Noor Habibullah Abu. Bakar
5. Dj Risham Abd. Manap
6. Dj Sofiah Abdullah
7. Dj Haris Matnor
8. Dj Fizawati Zainal
9. Dj Liza Yeo Abdullah
0. Dj Sorr

-------------------------------------------------------------------------------------
Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandinagn Mengarang 16 Rangkap Syair,
bertemakan cerita lagenda dan sejarah tanah air.

Tarikh         :  16 April 2011 (Sabtu)
Masa        :  2.30 Petang
Bertempat : Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri

..........................................................................................................................

Jangan lupa kepada anda yang ada menghantar coretan Aku Dia & Lagu (ADILA) sepanjang 7 hingga 31 Mac 2011, pemenang 12 coretan terbaik akan dimumkan pada 12 April ini (Selasa) melalui segmen ADILA...Nantikan!!

.......................................................................................................
Program Budaya Tiga Serumpun RTM -RTB - RRI 
di Bogor, Indonesia pada 11 - 15 April 2011           

Warga Klasik Nasional terlibat :-
Siti Mohani Saad (Timb. Pengarah Bhg Program Radio)

Hj Chuari Selamat (Pengurus Klasik Nasional)
Habibullah Abu Bakar
Mohd Hammami Yussof
Mohd Hj Hanafi
Nurul Asiah Bidin @ Yuyue 

----------------------------------------------------------
Pertandingan Akhir Karaoke D'Klasik - 
'Menyanyi Dengan Betul'
Pada 16 April 2011 (Sabtu)
Bertempat di Auditorium P.Ramlee 

Angkasapuri Kuala Lumpur
Jam 8.30 Malam.


Seramai 10 orang peserta telah dipilih melalui saringan semasa rancangan ke udara di Konti Klasik Nasional pada setiap jumaat.

Artis turut menghiburkan penonton :-
Razis Ismail
Tengku Zaini (Pak Engku)
Muhaizam Ahmad
Iffa Izati
Azuan Shahdi
Anis Salwa
Kumpulan O..Lama

Ahad, 3 April 2011

SEGMEN HARIAN







---------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
Ikuti Rancangan Aku Dia dan Lagu (Adila) ke udara setiap 
Isnin hingga Khamis, 
pukul 5.20 petang hingga 7.00 Malam
----------------------------------------------------------------------------------------- 

Hantarkan penyertaan anda dengan 3 lagu pilihan dan kenangan syahdu
kepada :-Penerbit Aku Dia Dan Lagu,
Klasik Nasional,
Tingkat 2, Wisma Radio
50614 Kuala Lumpur
ATAU Fax ke 03-22847593
ATAU 
hantar ke peti FB Klasik Nasional sahaja (bukan Warga Klasik Nasional)
----------------------------------------------------------------------------------

Ingin Berkaraoke ? Ikuti
"KARAOKE d' KLASIK"
Setiap hari Jumaat
9.15 malam
di Klasik Nasional
----------------------------------------------------------- 

PERTANDINGAN MENGARANG 16 RANGKAP SYAIR

Klasik Nasional mengucapkan terima kasih pada semua yang telah menghantar dan mengirimkan 16 rangkap syair bertemakan Kisah Kisah Lagenda dan Sejarah Tanah Air.

Sebanyak 300 ciptaan telah kami terima.
Nama Nama pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.