Selamat Ulangtahun RTM ke-65 Tahun (1946 - 2011)

Selamat Ulangtahun RTM ke-65 Tahun (1946 - 2011)

Selasa, 19 Julai 2011

ISU-ISU SEMASA JULAI 2011

JULAI 2011

83 KEDAI 1MALAYSIA BAKAL DIBUKA

Lebih ramai rakyat berpeluang mendapat bekalan barangan berkualiti pada harga lebih murah apabila kerajaan menambah 83 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia yang berkonsepkan pasar mini,di seluruh Negara sehingga akhir tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 23 kedai akan dibuka di Lembah Klang dengan empat daripadanya di Cheras, Pantai Dalam, BandarTun Razak dan Gombak sebelum September ini.


KEDAI RAKYAT
JUAL 250 BARANG JENAMA 1MALAYSIA PADA HARGA PALING RENDAH

• Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan keperluan asas rakyat tidak akan sekali-kali dipinggirkan walaupun kerajaan kini berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

• Keperluan asas rakyat dijamin akan dibawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

• Sebagai bukti kepada jaminan tersebut, kerajaan bersetuju menubuhkan Kedai Rakyat Malaysia yang menawarkan 250 jenis barang dengan harga paling minimum.

• Kerajaan bercadang memperluaskan Kedai Rakyat ke seluruh negara dan perbincangan mengenainya sedang dilakukan dengan pihak swasta.

SPR SUDAH BERI PENJELASAN
Tuntutan Bersih hanya untuk cipta momentum raih simpati rakyat

Perjuangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 bukan semata-mata menuntut pilihan raya adil dan telus sehingga tercetusnya perhimpunan haram pada 9 Julai lalu tetapi lebih bersifat politik.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,Bersih 2.0 cuba mencipta momentum kebenci rakyat kepada kerajaan bagi parti pembangkang memperoleh laluan mudah memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya sebelum berlakunya perhimpuanan haram 9 Julai lalu SPR dan Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga bersama 15 ahlinya telah bertemu SPR dan mereka berpuashati dengan penjelas yang diberikan.

SPR, JPN KONGSI MAKLUMAT PENGUNDI

Sistem biometrik yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pengundian membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen dalam aspek pemadanan cap jari sebelum seseorang dibenarkan mengundi.

Menerusi perkongsian itu, identiti setiap pemegang Mykad yang mahu mengundi akan diperiksa menggunakan maklumat bersama itu dari segi data peribadi dan data biometrik lain biasanyanya cap jari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata JPN kini mempunyai semua data warga negara yang layak mengundi, manakala imigresen mempunyai data biometrik individu yang keluar masuk ke negara ini bagi membanteras jenayah antarabangsa dan kemasukan pendatang tanpa izin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan