Selamat Ulangtahun RTM ke-65 Tahun (1946 - 2011)

Selamat Ulangtahun RTM ke-65 Tahun (1946 - 2011)

Jumaat, 1 Julai 2011

SYARAT PERTANDINGAN

JULAI 2011

PERTANDINGAN BINTANG NOSTALGIA KLASIK NASIONAL 2011 
PERINGKAT SARINGAN - KUALA LUMPUR, SELANGOR & NASIONAL (INDUK)

Tarikh             : 16 & 17 Julai 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa              : 9.00Pagi - 10.00 Malam (Saringan)
Bertempat      : Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Hadiah Peringkat Akhir

Johan - RM 7,000.00
Naib Johan - RM 5,000.00
Ketiga - RM 3,000.00
Sembilan Hadiah Saguhati - RM 1,500.00
Berserta Trofi & Sijil

LAGU-LAGU PILIHAN SARINGAN AWAL

1. Hatiku Kecewa - R. Azmi
2. Jikalau Abang Merindu - Asiah
3. Puteri Remaja - Jasni
4. Cahaya - Normadiah
5. Taman Puspawarna - Tan Sri P. Ramlee
6. Cincin Belah Rotan - Ahmad CB
7. Pandang Kasih - Puan Sri Saloma
8. Jangan Main Mata - Jamaliah Shariff
9. Hanya Nyanyian - S. Effendy
10. Ikatan Janji - Asiah Tuah

SYARAT-SYARAT UJI BAKAT DAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BINTANG NOSTALGIA KLASIK NASIONAL  

2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 35 tahun ke atas iaitu sebelum atau pada 31 Julai 2011.
 
3. Mereka yang pernah membuat rakaman secara Kormersial atau terikat dalam kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

4. Kakitangan RTM sama ada pegawai tetap, kontrak atau sementara dan saudara mara terdekat mereka tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

5. Segala urusan perbelanjaan peserta membuat rakaman audio nyanyian dan menghantarnya ke stesen Klasik Nasional adalah tanggungan mereka sendiri.
 
6. Bagi pertandingan Separuh Akhir dan Akhir, tiket penerbangan peserta Sabah dan Sarawak akan disediakan, manakala peserta Semenanjung akan dibayar kos perjalanan sebanyak RM200.00.
 
7. Setiap rakaman audio yang dihantar untuk penilaian, perlu disertai sekeping gambar berukuran 4R berimej penuh peserta, beserta maklumat lengkap peserta. Setiap rakaman yang diterima tidak akan dikembalikan.
 
8. Pihak RTM / Klasik Nasional tidak bertanggungjawab atas urusan keselamatan, kecederaan atau kemalangan peserta sama ada sewaktu perjalanan pergi / balik ke atau dari Angkasapuri dan semasa berada di Angkasapuri.
 
9. Lagu-lagu yang dipertandingkan pada semua peringkat pertandingan hanyalah lagu-lagu yang disediakan oleh penganjur, iaitu lagu-lagu yang dirakam sekitar era 50an dan awal 60an (kecuali pop yeh yeh).
 
10. Setiap peserta hanya boleh menghantar Satu salinan rakaman audio sahaja untuk dinilai pihak Juri.
 
11. Peserta yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan boleh dibatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan.
 
12. Pihak RTM / Klasik Nasional berhak mengetepikan mana-mana kiriman penyertaan pada mana-mana pertandingan.
 
13. Keputusan Juri adalah muktamad.

Sebarang Maklumat Lanjut, sila hubungi 03-2288 7448 atau 7836

Tiada ulasan:

Catat Ulasan